Buletin BB

Kata-Kata Aluan Puan Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam perkenalan warga SMK (L) Bukit Bintang serta ibu bapa dan penjaga.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayah-Nya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik SMKLBB telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk merealisasikan hasrat tersirat “BB THE BEST,THE BEST FOR BB

Tahniah dan syabas cikgu! Diharapkan dengan semangat kerjasama serta penggemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada serta program-program yang telah dirancang akan melonjakkan kecemerlangan murid-murid SMK (L) Bukit Bintang dalam semua bidang.

Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2024 dengan harapan SMK (L) BB akan terus menempa kecemerlangan. Kerjasama dan sokongan dari ibu bapa dan penjaga juga merupakan satu faktor penting sebagai suntikan semangat kepada murid-murid dan guru-guru untuk terus mengorak langkah membawa SMK(L)BB ke puncak kejayaan.

Semua warga SMKLBB perlu menjadi sebuah organisasi yang saling melengkapi dan membentuk satu iklim kekeluargaan yang mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama supaya semua kejayaan dan kegagalan dirasai bersama tanpa menunding jari sesama sendiri umpama”KE BUKIT SAMA DIDAKI KE LURAH SAMA DITURUNI”.

Harapan saya, SMK(L)BB mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tonggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. Moga tahun 2024 akan memberi sinar dan harapan baharu kepada semua warga SMKLBB khususnya kepada murid dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).

BB SOARING UPWARDS

Pengetua,
SMK (L) Bukit Bintang, PJ

Pautan Buletin

Buletin May

Klik untuk buka konten

Buletin Jun

Klik untuk buka konten

Buletin Julai

Klik untuk buka konten

Buletin Ogos

Klik untuk buka konten

Buletin Februari

Klik untuk buka konten

Buletin Mac

Klik untuk buka konten

Buletin April

Klik untuk buka konten

Scroll to Top